comscore
Tumpuan :
Dunia

Bas terhumban ke dalam sungai, 6 maut

SEPANYOL:  Enam terbunuh manakala dua lagi cedera apabila sebuah bas terbabas ke dalam sungai di barat laut Sepanyol.

Ketika kejadian bas dengan lapan penumpang itu dalam perjalanan dari Lugo menuju ke Vigo.

Ia kemudian terbabas ketika melalui sebuah jambatan lalu terhumban ke dalam sungai dari ketinggian 40 meter.

Panggilan kecemasan dibuat orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar dua penumpang yang masih hidup termasuk seorang warga emas

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera

Operasi menyelamat selama dua jam bagaimanapun terpaksa ditangguhkan susulan cuaca gelap selain berdepan arus deras.

Pemandu bas yang ditahan polis didapati negatif ujian dadah dan alkohol.  – REUTERS

Loading...
Terkini