comscore
Tumpuan :
Dunia

Bayi 8 bulan antara 3 maut, 28 cedera dalam serangan bom

Foto: AFP

PAKISTAN: Bayi lapan bulan antara tiga terbunuh manakala 28 lagi cedera dalam serangan bom di barat daya Quetta.

Serangan disasarkan ke arah anggota polis yang sedang bertugas mengawasi pasukan perubatan yang menyelia pemberian vaksin Polio.

Mangsa yang cedera termasuk 15 anggota polis digegaskan ke Hospital Quetta.

Menurut Jurucakap Polis, letupan turut mengakibatkan tiga kenderaan rosak.

Dianggarkan kira-kira 25 kilogram bahan letupan digunakan dalam serangan terbabit,

Kumpulan Daesh dalam satu kenyataan kepada media AFP mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu.

Serangan dilancarkan selepas kumpulan itu menamatkan gencatan senjata dengan pihak kerajaan minggu ini. –  AFP

Loading...
Terkini