comscore
Tumpuan :
Dunia

Bekalan kuasa di sesetengah kawasan di Greece masih terjejas selepas banjir

FOTO: Reuters

ATHENS: Bekalan elektrik dan air di kebanyakkan kawasan di tengah Greece pada Isnin masih terjejas akibat banjir, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Di bandar pelabuhan Volos dengan populasi seramai 150,000 penduduk, rangkaian bekalan air masih belum dipulihkan dan hanya dibekalkan secara bergilir-gilir, lapor saluran berita ERT news pada Isnin.

Menurut bomba, hampir 4,500 orang telah diselamatkan setakat ini, tetapi operasi menyelamat masih diteruskan. Ramai mangsa masih gagal dikesan dan jumlah kematian akibat banjir ialah 15 orang pada Isnin, menurut briged itu.

Tahap kerosakan belum dapat dipastikan di sebahagian besar kawasan terjejas.

Dari Isnin hingga Khamis minggu lalu, ribut melanda tengah Greece dan hujan lebat melebihi 700 mm dalam masa kurang daripada 24 jam. – BERNAMA-dpa

Loading...
Terkini