comscore
Tumpuan :
Dunia

Bekas Datuk Bandar Filipina dikait pengintip China

MANILA: Bekas Datuk Bandar Filipina, Alice Guo yang didakwa terbabit sindiket jenayah dan pengubahan wang haram lebih 100 juta peso, kini dikaitkan pula dalam pengintipan.

Senator Filipina mengetuai siasatan berhubung dakwaan Alice Guo atau orang yang berkaitan dengannya terlibat perisikan bagi pihak China.

Alice Guo menafikan dia seorang perisik dan menyifatkan tuduhan lain terhadapnya sebagai berniat jahat.

Alice Guo yang juga warga China berdepan tuduhan jenayah termasuk rasuah kerana menyalahguna kuasa membenarkan perjudian luar pesisir berkembang di bandar Filipina.

Pihak berkuasa mendedahkan apa yang digambarkan sebagai penipuan dikendalikan dari sebuah fasiliti yang sebahagiannya dimiliki oleh Alice Guo. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini