JAKARTA: Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Taufik Hidayat akan ditempatkan di kementerian itu bersama menteri penuh, Dito Ariotedjo.
Pada tahun 1999, Taufik meraih gelaran Terbuka Indonesia yang pertama dan dalam tahun yang sama, beliau layak ke final All England dan Terbuka Singapura namun tewas di pentas final kepada pemain Denmark, Peter Gade dan rakan senegara, Hariyanto Arbi.
Sepanjang kariernya, Taufik banyak mencatatkan prestasi sebagai pemain badminton ternama merangkumi enam kejuaraan Terbuka Indonesiapada tahun 1999, 2000, 2002, 2003, 2004, dan 2006.
Sejak masih aktif sebagai atlet, Taufik Hidayat dikenali sebagai seorang sosok yang vokal dan lantang menyuarakan segala ketidakpuasan hatinya baik dalam arena badminton atau sukan di Indonesia secara umum.
Taufik memutuskan untuk bersara daripada dunia sukan badminton pada tahun 2013 dan pernah menjadi kakitangan khas di Kementerian Belia dan Sukan dari 2017 hingga 2018.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.