comscore
Tumpuan :
Dunia

Bekas jurutera Meta fail saman, dipecat kerana kendali kandungan Pro-Palestin

NEW YORK: Seorang bekas jurutera Meta mendakwa syarikat itu berat sebelah dalam pengendalian kandungannya yang berkaitan dengan konflik dan keganasan di Gaza.

Ferras Hamad, seorang jurutera Palestin-Amerika yang juga salah seorang kakitangan dalam pasukan Meta sejak 2021, menyaman gergasi media sosial itu di mahkamah California atas diskriminasi, penamatan salah dan salah laku lain atas pemecatannya pada Februari.

Hamad dalam tuntutan mahkamah mendakwa, Meta memecatnya kerana cuba membantu membetulkan pepijat yang menyebabkan penindasan siaran Instagram Palestin.

Dalam aduan itu, Hamad menuduh Meta mempunyai corak berat sebelah terhadap rakyat Palestin dan berkata, syarikat itu memadamkan komunikasi dalaman pekerja yang menyebut kematian saudara mereka di Gaza dan menjalankan siasatan ke atas penggunaan emoji bendera Palestin.

Berdasar tuntutan mahkamah, syarikat itu juga tidak menjalankan siasatan sedemikian untuk pekerja yang menyiarkan emoji bendera Israel atau Ukraine dalam konteks sama.

Setakat ini, Meta belum meberi sebarang reaksi berkaitan tindakan dakwaan Hamad.

Dalam pada itu, tuntutan Hamad menggambarkan kritikan sejak sekian lama oleh kumpulan hak asasi manusia terhadap prestasi Meta yang menyederhanakan kandungan yang disiarkan ke platformnya mengenai Israel dan wilayah Palestin, termasuk dalam penyiasatan luar yang ditugaskan oleh syarikat itu pada 2021.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini