NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh yang berperanan melaksanakan reformasi ekonomi untuk menjadikan negara itu sebuah kuasa global, meninggal dunia pada usia 92 tahun, kata Perdana Menteri, Narendra Modi semalam.
India berkabung meratapi pemergian pemimpin paling terkemuka.
“Sebagai bekas Perdana Menteri kami, beliau berusaha gigih untuk memperbaiki kehidupan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di platform media sosial X sejurus selepas berita mengenai pemergian Singh tersebar.
Singh dibawa ke hospital di New Delhi kelmarin selepas tidak sedarkan diri di rumahnya, tetapi tidak dapat disembuhkan dan disahkan meninggal dunia pada 9.51 malam waktu tempatan, menurut kenyataan Institut Sains Perubatan All India.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.