Tumpuan :
Dunia

Belia Palestin maut ditembak polis Israel

Foto Reuters

TEBING BARAT: Seorang belia Palestin maut ditembak selepas dituduh cuba menikam seorang polis Israel di Tebing Barat.

Insiden berlaku di sebuah stesen kereta api di Al-Musrara dan sempat dirakam orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Dalam insiden berasingan empat pegawai dan anggota tentera Israel cedera selepas dibaling dengan bahan letupan ketika mengiringi penduduk Haram Yahudi di Nablus.

Susulan itu, berlaku rusuhan di antara tentera Israel dan penduduk Palestin yang mengakibatkan  empat penduduk Palestin cedera ditembak manakala 34 yang lain mengalami sesak nafas.

Terbaharu, tentera Israel dilaporkan melancarkan operasinya di Tebing Barat awal pagi tadi.

Tiga penduduk Palestin di tahan di Ramallah manakala tiga yang lain ditahan di Baitulmaqdis, Ariha dan Salfit.

Tiga yang lain termasuk dua bekas banduan di tahan di al-Khalil.

Juga terdapat laporan penahanan tujuh penduduk Palestin di Jenin. – PALINFO

Loading...
Terkini