comscore
Tumpuan :
Dunia

Bencana banjir & tanah runtuh ragut 438 nyawa di Republik Congo

FOTO: Reuters

REPUBLIK CONGO: 438 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Republik Congo sejak minggu lalu.

Kebanyakan mayat mangsa ditemui di daerah Bushushu and Nyamukubi yang terletak di selatan wilayah Kivu.

FOTO: Reuters

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, hampir 3,000 kediaman terjejas dengan 1,200 daripadanya musnah.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih 5,000 penduduk hilang.

Susulan situasi buruk, kerajaan pusat mengarahkan deligasi menteri kabinet dan pegawainya turun padang ke lokasi teruk terjejas.

Turut dihulurkan bantuan termasuk makanan dan pakaian kepada mangsa.

FOTO: Reuters

Penduduk yang ditemui dalam pada itu menzahirkan kegembiraan atas bantuan kerajaan.

Republik Congo antara negara sering dilanda banjir dan kemarau dengan jangkaan bencana itu akan meningkat susulan perubahan iklim. — REUTERS

Loading...
Terkini