comscore
Tumpuan :
Dunia

Bergaduh, warga emas tembak mati anak jiran.

PLONEVEZ-DU-FAOU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas lelaki warga emas berusia 71 tahun bersenjata pistol melepaskan tembakan ke arah jirannya.

Tembakan yang diledak lelaki yang berasal dari Belanda itu turut mengakibatkan bapa kanak-kanak berkenaan parah dan mencederakan ibu mangsa.

Sejurus selepas kejadian, warga emas itu bertindak mengurung diri di kediaman bersama isterinya sebelum dibawa keluar oleh pasukan polis khas.

Insiden itu berlaku di kampung Plonevez-du-Faou, berhampiran bandar Quimper di wilayah Brittany.

Menurut media tempatan, mangsa adalah keluarga British.

Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun tidak cedera, namun berada dalam keadaan terkejut dan trauma.

Menurut siasatan awal, pesara itu tiba-tiba muncul dan melepaskan tembakan beberapa kali ke arah keluarga yang berada di kebun mereka.

Kedua-dua jiran itu dikatakan bersengketa sejak beberapa tahun lalu berkaitan tanah yang bersempadan dengan kedua-dua hartanah itu.

Namun, motif sebenar kejadian belum diketahui dan siasatan lanjut giat dijalankan.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh.

Loading...
Terkini