comscore
Tumpuan :
Dunia

Beruang kelaparan larikan 60 kek cawan

Beruang hitam melarikan 60 biji kek cawan. – FOTO Taste by Spellbound

WASHINGTON: Dek terlalu lapar, seekor beruang hitam menyerbu garaj kedai roti di sebuah negeri di Amerika Syarikat sebelum melarikan 60 biji kek cawan.

Insiden berlaku di Taste by Spellbound di bandar Avon, Connecticut, ketika pekerja kedai terbabit meletakkan kek di dalam van untuk sesi penghantaran, Rabu lalu.

Pemilik kedai roti itu, Miriam Stephens, menulis dalam catatan Instagram menyatakan dia mendengar pekerjanya, Maureen Williams menjerit mengenai beruang di dalam garaj mereka.

“Beruang itu makan 60 kek cawan,” katanya tiada kecederaan dalam insiden itu.

Sementara itu, Williams memberitahu stesen TV WTNH, dia menjerit untuk menakutkan beruang itu, tetapi haiwan itu berundur sebelum kembali ke kek itu sebanyak tiga kali.

“Beruang itu menyerang untuk menakutkan saya dan supaya saya keluar dari garaj itu.

“Beruang itu pergi selepas seorang tukang roti akhirnya membunyikan hon kereta,” katanya.

Rakaman video pengawasan menunjukkan, pekerja kedai roti berjalan di sekitar premis itu untuk cuba menakutkan beruang itu, namun kemudian melarikan diri selepas haiwan itu seolah-olah bertindak ganas bagi menakutkan mereka.

Beruang itu menyeret bekas kek cawan dari garaj ke tempat letak kereta.

Beruang itu sudah melarikan diri ketika polis dan pegawai dari Jabatan Tenaga dan Perlindungan Alam Sekitar (Deep) Connecticut tiba di lokasi.

Rekod agensi alam sekitar negeri mendedahkan, 1,000 hingga 1,200 beruang hitam tinggal di Connecticut, dengan tahun lalu sahaja haiwan itu berkeliaran di 158 daripada 169 bandar di negeri itu. – AGENSI

Loading...
Terkini