comscore
Tumpuan :
Dunia

Biadab! Buang babi mati di masjid

STOCKHOLM: Polis Sweden sedang menyiasat jenayah kebencian selepas individu tidak dikenali bersikap biadab, membuang seekor babi mati di luar sebuah masjid di selatan Sweden.

Polis melalui laman web rasmi mereka berkata, terdapat bangkai seekor babi yang dipercayai dilempar di hadapan sebuah masjid.

Menurut pihak berkuasa berkenaan, aduan itu diklasifikasikan sebagai pergolakan terhadap kumpulan etnik, namun tidak menolak sebarang kemungkinan lain yang boleh dikaitkan dengan tindakan itu.

Ketua yayasan yang mengendalikan masjid di Skovde, Smajo Sahat, mengesahkan bahawa haiwan yang mati itu adalah babi hutan.

Lapornya, rakaman kamera pengawasan di lokasi itu memaparkan seorang menaiki kereta mencampak babi ke masjid dan individu itu belum dikenal pasti.

Sahat berkata, tiada sebarang ancaman terhadap masjid yang dibuka setahun lalu itu.

Ujarnya setakat ini pihak berkaitan hanya mampu membuat spekulasi namun belum terbukti kesahihannya untuk membuat pertuduhan konkrit.

Masjid berkenaan mempunyai kira-kira 1,000 ahli.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini