comscore
Tumpuan :
Dunia

Bicara kes Trump mula 15 April

FOTO: Reuters

NEW YORK: Perbicaraan kes Donald Trump berkaitan satu daripada empat tuduhan jenayahnya akan bermula 15 April depan.

Perkara itu ditetapkan Mahkamah New York.

Ini kali pertama bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dibicara berkaitan bayaran bagi ‘menutup mulut’ kepada seorang bintang filem lucah.

Trump, 77 tahun, berdepan tuduhan penipuan susulan pembayaran yang dibuat kepada Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden pada 2016.

Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah ke atas semua 34 pertuduhan.

Trump mendakwa tuduhan itu tidak mewakili perbuatan jenayah.

Pasukan peguamnya sebelum ini telah cuba menangguhkan perbicaraannya selama mungkin.

Namun Hakim Juan Merchan memutuskan tiada lagi alasan untuk penanggunan berlaku dan mengarahkan perbicaraan bermula 15 April depan.

Trump dalam pada itu menyifatkan perbicaraan ke atasnya sebagai campur tangan pihak tertentu menuju pilihan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini