comscore
Tumpuan :
Dunia

Biden gesa Kongres segera lulus undang-undang haramkan senjata api

WASHINGTON D.C:  Setelah berpuluh-puluh kejadian tembak yang meragut ratusan nyawa sejak bertahun-tahun, Amerika Syarikat masih gagal mencapai kata putus berhubung undang-undang mengharamkan senjata api.

Terbaharu,  Presiden Joe Biden menggesa kongres meluluskan undang-undang berkenaan susulan insiden terbaharu di Texas yang meragut 8 nyawa.

Biden mengarahkan kongres menyerahkan rang undang-undang itu untuk penelitian untuk ditandatanganinya.

Antara lain, ia meliputi aspek pemeriksaan latar belakang pemilik, penyimpanan selamat dan penamatan imuniti kepada pengeluar senjata.

Tegasnya, pentadbirannya perlu meastikan persekitaran yang selamat.

Dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Texas Sabtu lalu, seorang lelaki melepaskan tembakan meragut 8 nyawa manakala 7 lagi mangsa berusia 5 hingga 61 tahun cedera.

Tiga daripadanya kini kritikal.

Suspek kemudiannya ditembak mati oleh polis.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini