comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Biden harap gencatan senjata di Gaza menjelang Ramadan

WASHINGTON D.C: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berharap gencatan senjata dapat dicapai di Gaza menjelang Ramadan.

Ia seiring dengan kenyataannya sebelum ini yang menjangkakan perjanjian gencatan senjata pada Isnin ini untuk tempoh enam minggu.

Begitu pun, usaha itu seakan terjejas susulan serangan terbaharu rejim zionis yang menyasarkan orang awam baru-baru ini.

Biden menyifatkan insiden berkenaan merumitkan perbincangan berhubung gencatan senjata, namun tidak akan mengulas mengenainya.

Dalam pada itu, demokrat berusia 81 tahun itu memaklumkan Amerika Syarikat akan menghantar bantuan ke Gaza dalam tempoh terdekat. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini