comscore
Tumpuan :
Dunia

Biden sifatkan kematian Aysenur satu ‘kemalangan’

WASHINGTON D.C: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilihat seakan cuba mempertahan tindakan sekutunya dan menutup kelemahan rejim apabila menyifatkan kematian wanita Amerika Syarikat berketurunan Turkiye, Aysenur Ezgi Eygi sewaktu menyertai tunjuk perasaan di Tebing Barat minggu lalu, sebagai satu kemalangan.

Kenyataan oleh Biden hadir setelah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken yang juga menganggap tindakan Israel membunuh warganya berusia 26 tahun itu sebagai bukan provokasi.

Blinken juga dalam masa sama hanya menyarankan rejim Tel Aviv agar merombak semula cara tentera Israel beroperasi tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan luar jangkaan.

Tentera Israel dalam pada itu memaklumkan hasil siasatan awal mendapati kesan tembakan sememangnya berpunca daripada peluru yang digunakan oleh anggotanya namun mereka berulang kali menegaskan kononnya tembakan dilepaskan secara tidak sengaja.

Ezgi Eygi dipercayai ditembak mati di kepala ketika menyertai tunjuk perasaan berhampiran Beita, sebuah perkampungan di Nablus, Tebing Barat.

SUMBER REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini