comscore
Tumpuan :
Dunia

Biden terjatuh ketika majlis graduasi

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden 80 tahun. – FOTO : Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden terjatuh sebaik selesai menyampaikan sijil diploma pada satu majlis graduasi di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado.

Beliau kemudian segera bangun dan berjalan kembali ke tempat duduknya.

Sebaik terjatuh, Biden 80 tahun sempat menahan badannya dengan tangan.

Beliau segera bangun dengan menggunakan sebelah kakinya sambil dibantu tiga orang lain.

Ketika kembali ke tempat duduknya, Biden tidak lagi dibantu.

Sebaik bangun daripada insiden itu, Biden menunjukkan sesuatu di belakangnya dipercayai bagi menunjukkan bahawa kaki beliau tersandung beg pasir yang digunakan bagi mengukuhkan alat pemegang ‘teleprompter’.

Selepas berbual dengan beberapa orang pegawai, beliau sempat melemparkan senyuman dan mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat bagus.

Pulang ke White House, Biden juga sempat bergurau dengan wartawan yang menunggu beliau dengan berkata, “I got sandbagged”.

Disebalik menjadi individu paling tua memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat, Biden mengumumkan akan bertanding semula untuk jawatan itu pada tahun 2024. – REUTERS

Loading...
Terkini