comscore
Tumpuan :
Dunia

Bilangan warga asing di Jepun cecah lebih 3.5 juta setakat Jun

FOTO: Reuters

TOKYO: Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan pada Jumaat.

Pendedahan itu dibuat ketika Jepun berdepan kekurangan tenaga kerja akibat masyarakat yang semakin tua dan penurunan kadar kelahiran, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Agensi Perkhidmatan Imigresen, seramai 3,588,956 warga asing menetap di Jepun setakat akhir Jun, meningkat 177,964 daripada akhir 2023, dengan bilangan pekerja mahir tertentu melonjak 20.8 peratus kepada 251,747.

Visa untuk pekerja sedemikian diperkenalkan pada 2019, membolehkan mereka bekerja dalam industri yang ditetapkan tanpa memerlukan latihan. Jumlah pelatih di bawah program latihan teknikal Jepun meningkat sebanyak 5.2 peratus kepada 425,714 orang.

Sementara itu, permastautin tetap yang membentuk kumpulan terbesar berdasarkan status kediaman, berjumlah 902,203 orang, meningkat 1.2 peratus. Jumlah ketibaan warga asing, termasuk pelancong, meningkat kepada 17,820,629 pada separuh pertama 2024.- BERNAMA-KYODO

Loading...
Terkini