comscore
Tumpuan :
Dunia

Bintang pop Kanada Kris Wu, dipenjara 13 tahun di China kerana merogol

Foto IG @kriswu

BEIJING: Mahkamah Beijing menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada penyanyi Kanada Kris Wu hari ini selepas mendapati tertuduh bersalah atas jenayah termasuk rogol, setelah lebih setahun penahanannya di China, tempat dia dilahirkan dan membina kerjaya yang menguntungkan.

Mahkamah di daerah Chaoyang berkata, siasatan menunjukkan bahawa dari November hingga Disember 2020, lelaki berusia 32 tahun itu, yang juga dikenali sebagai Wu Yifan, telah merogol tiga wanita.

“Wu Yifan mengambil kesempatan ke atas tiga wanita mabuk di rumahnya,” kata mahkamah dalam akaun WeChat rasminya.

Bekas ahli kumpulan K-pop EXO, superstar itu kembali ke China pada 2014 untuk meneruskan kerjaya solonya.

Wu telah ditahan pada 31 Julai tahun lalu selepas seorang pelajar Cina berusia 18 tahun secara terbuka menuduhnya mendorong dia dan gadis lain untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Pelajar itu memberitahu media Wu memikatnya untuk melakukan hubungan seks ketika dia berusia 17 tahun, selepas dihidangkan dengan minuman keras.

Mahkamah juga mendapati dia bersalah atas jenayah mengumpulkan orang ramai untuk terlibat dalam pergaulan seksual pada Julai 2018.

Kedutaan Kanada di Beijing belum mengeluar kenyataan lanjut walaupun media kerajaan melaporkan pegawainya telah menghadiri perbicaraan itu.

Tertuduh juga diperintahkan membayar 600 juta yuan (AS$83.77 juta) kerana menyembunyikan pendapatan peribadi dan kesalahan berkaitan cukai lain.

Wu mengelak cukai 95 juta yuan dari 2019 hingga 2020 dengan menyembunyikan pendapatan peribadi melalui perusahaan gabungan dalam dan luar negara, dan cukai kurang bayar sebanyak 84 juta yuan, kata pihak berkuasa.

Ketika penahanannya, Wu adalah duta untuk 15 jenama, seperti Bvlgari, Lancome, Louis Vuitton dan Porsche, yang kesemuanya telah menamatkan kontraknya.

Mahkamah berkata, Wu akan dihantar pulang, walaupun peguam di China berkata pengusiran sedemikian biasanya berlaku selepas selesai hukuman. – REUTERS

Loading...
Terkini