comscore
Tumpuan :
Dunia

BOLA SEPAK: Kawasaki Frontale calar rekod JDT

ISKANDAR PUTERI: Permulaan kurang baik dicatatkan wakil tunggal negara dalam kempen Liga Juara-Juara (ACL) apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) kecundang dalam aksi pertama di tangan Kawasaki Frontale.

Barisan Harimau Selatan itu turun dengan motivasi tinggi di hadapan penyokong sendiri untuk merakam keputusan positif, namun tidak menjadi seperti diharapkan.

Anak buah Esteban Solari dikecewakan dengan jaringan tunggal Marcinho yang membuat penyudah akrobatik minit ke-45 permainan.

Kelab Jepun itu kemudian menampilkan disiplin tinggi mengekang ancaman dan serangan yang cuba disusun tuan rumah bagi memburu gol penyamaan.

Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat permainan, sekaligus memastikan skuad bimbingan Toru Oniki membawa pulang tiga mata berharga pada aksi pertama Kumpulan I.

JDT bukan sahaja terpaksa menggigit jari gagal memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri, malah ia juga kekalahan pertama direkodkan di Stadium Sultan Ibrahim dalam semua pertandingan pada 2023.

Loading...
Terkini