comscore
Tumpuan :
Dunia

Britain awasi pergerakan kapal Rusia

Foto: Reuters

MOSCOW: Tentera Laut Diraja Britain mengawasi pergerakan kapal-kapal Rusia manakala Tentera Udara Diraja (RAF) memintas dua pesawat Rusia.

Perkara itu dilaporkan Sputnik yang memetik kenyataan daripada Kementerian Pertahanan United Kingdom (UK).

Moscow sebelum ini menegaskan semua penerbangan pesawat Angkatan Aeroangkasa Rusia dilakukan dengan mematuhi peraturan ruang udara antarabangsa.

Menurut kementerian itu, HMS Iron Duke dan HMS Tyne mengawasi empat kapal Rusia di perairan UK dan jet RAF memintas pesawat Russian Bear yang menghampiri kawasan kepentingan UK.

Kementerian turut memaklumkan dua pesawat Typhoon RAF dikerah, disokong oleh sebuah Voyager untuk memintas dua pesawat Bear-F Rusia yang beroperasi berhampiran kawasan negara itu.

Jet RAF dikerah di bawah arahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk memantau pesawat ketika melalui ruang udara antarabangsa.

Tambah kenyataan itu, jet pejuang Typhoon pula mengiringi pesawat berkenaan keluar dari Wilayah Maklumat Penerbangan UK dan pesawat Rusia tidak memasuki ruang udara UK.

Kementerian turut memaklumkan operasi enam hari bersama sekutu NATO, kapal frigat HMS Iron Duke yang berpangkalan di Portsmouth mengawasi kapal selam kelas Kilo Rusia, Novorossiysk dan kapal tunda sokongannya, Evgeny Churov melalui Selat Dover menuju ke Atlantik.

Loading...
Terkini