comscore
Tumpuan :
Dunia

Britain mahu gencatan senjata segera di Gaza

Timbalan Perdana Menteri Britain, Oliver Dowden. – FOTO: Reuters

ENGLAND: Britain mahukan ‘gencatan senjata segera’ dilakukan di Gaza atas alasan kemanusiaan, meskipun berpendirian Israel berhak mempertahankan diri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Oliver Dowden, Britain ‘secara berterusan’ menggesa Israel agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai bantuan ke Gaza, susulan krisis kemanusiaan yang berlaku selepas enam bulan pertempuran berlangsung.

Kenyataan itu susulan pertanyaan mengenai ketegangan Israel dan sekutu rapatnya Amerika Syarikat.

Ia selepas cara perang yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, khususnya tindakan tentera yang dijangka masuk ke Rafah, lokasi selamat terakhir yang kian sesak.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran kepada Netanyahu mengenai operasi Israel di Rafah akan melebarkan anarki di Gaza dan mereka bersetuju pasukan dari setiap pihak akan bertemu di Washington untuk membincangkannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini