comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Bukan Islam diharam kunjung Al-Aqsa sehingga akhir Ramadan

BAITULMAQDIS: Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga akhir Ramadan.

Portal berita Arab News melaporkan, tindakan itu diambil selepas kemarahan memuncak ke atas pasukan keselamatan Israel yang membenarkan kira-kira 800 penganut Yahudi bersembahyang di dalam kawasan masjid itu.

Kebenaran itu sekali gus melanggar perjanjian yang melarang aktiviti itu pada 10 hari terakhir bulan suci umat Islam.

FOTO: Reuters

Pada masa sama, masih belum jelas sama ada gerakan penempatan radikal Israel yang semakin berkuasa akan mematuhi dasar Al-Aqsa.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir yang terkenal dengan rekod jenayah menyokong keganasan dan hasutan perkauman mengecam pengharaman berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Bekas Mufti Besar Baitulmaqdis dan Palestin memaklumkan Arab News, tindakan Israel yang memutuskan peraturan tertentu di Al-Aqsa dianggap provokasi melampau.

Loading...
Terkini