comscore
Tumpuan :
Dunia

Cadang rutin dos tahunan vaksin Covid-19.

Foto: ReutersConnect

NEW YORK: Pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat mencadangkan pemberian satu dos vaksin Covid-19 yang diperbaharui setiap tahun untuk setiap individu dewasa sihat.

Pemberian vaksin itu disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan memudahkan strategi Covid-19 di negara itu.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan, (FDA) turut meminta panel penasihat kesihatan mempertimbang penggunaan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setiap tahun kepada kanak-kanak, warga emas dan individu dengan imnuniti rendah.

FDA pada masa sama mencadangkan pemilihan rutin berkenaan terhadap varian baharu berdasarkan vaksin dikemaskini.

Ralat pentadbiran vaksin juga diharap dapat dikurangkan bagi meningkatkan kadar perlindungan vaksin.

Cadangan terbaharu agensi berkenaan telah dijangka berdasarkan pengumuman kemas kini penggunaan vaksin bulan lalu.

Untuk rekod, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden merancang untuk menggerakkan kempen vaksinasi penggalak pada setiap musim luruh.

Loading...
Terkini