Tumpuan :
Dunia

ChatGPT OpenAI menghadapi gangguan besar-besaran

Foto: Reuters

WASHINGTON: Perisian dijana kecerdasan buatan (AI) OpenAI yang disokong Microsoft berkata, ia menghadapi isu yang menyebabkan perkhidmatan chatbot popularnya, ChatGPT, tergendala.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya berkata, ia sedang menyiasat isu itu dan berusaha untuk memulihkan fungsi secepat mungkin.

Lebih 19,403 pengguna terjejas akibat gangguan itu setakat jam 7.13 malam (0013 GMT pada Sabtu), menurut laman sesawang penjejakan gangguan Downdetector.com.

OpenAI tidak segera menjawab permintaan untuk komen. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini