comscore
Tumpuan :
Dunia

China: 2 maut, 3 hilang kapal kontena rempuh jambatan

Foto: Reuters

GUANGZHOU: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala tiga lagi hilang selepas sebuah kapal kontena melanggar sebuah jambatan di Guangzhou, Wilayah Guangdong di selatan China pada pagi Khamis, menurut penyelamat, lapor Xinhua.

Insiden kira-kira 5.30 pagi itu menyebabkan Jambatan Lixinsha di daerah Nansha retak.

Kemalangan itu melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah motosikal. Menurut siasatan awal, dua daripada mangsa terjatuh ke dalam sungai manakala selebihnya jatuh ke atas kapal.

Seorang kru kapal cedera ringan dalam kemalangan itu. Usaha menyelamat sedang dijalankan dan punca kemalangan sedang disiasat. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini