comscore
Tumpuan :
Dunia

China, Korea Utara sedia kerjasama jamin kestabilan global

Foto Reuters

PYONGYANG: China sedia bekerjasama dengan Korea Utara bagi keamanan wilayah dan global, selain menjamin kestabilan serta kemakmuran bersama.

Perkara itu disuarakan Presiden China, Xi Jinping ketika pertemuannya dengan pemimpin republik berkenaan Kim Jong Un.

Media tempatan bagaimanapun tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai peluru berpandu dilancarkan Korea Utara di semenanjung Korea.

Selain berkenaan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistiknya Hwasong-17 pada Jumaat, sehari selepas memberi amaran kepada Washington terhadap tindakan ketenteraannya.

Menurut media tempatan KCNA, pelancaran Hwasong-17 sebahagian daripada strategi pertahanan utama Korea Utara.

Senjata itu dianggap senjata strategik terkuat di dunia dimiliki republik berkenaan.

Loading...
Terkini