comscore
Tumpuan :
Dunia

China-Laos catat aliran penumpang seramai 8.72 juta

KUNMING: Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 8.72 juta bagi lima bulan pertama tahun ini, meningkat 17.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dari Januari hingga Mei, tren berkenaan mengendalikan sebanyak 10,642 perjalanan dengan hantaran penumpang purata harian mencatat 57,000.

Prestasi operasi rel itu secara tidak langsung menyuntik momentum kuat kepada pembangunan serantau.

Kerancakan pelancongan rentas sempadan merupakan antara penyumbang kepada ledakan aliran penumpang.

Perkhidmatan rel itu turut nenjadi pilihan utama bagi mereka yang melakukan urusan perniagaan serta program pertukaran budaya.

Demi memenuhi keperluan pengembaraan yang semakin meningkat, Biro Kunming China Railway mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan antaranya mengoptimumkan pengoperasian tren serta sistem jualan tiket berasaskan data raya.

Khususnya, perkhidmatan penumpang antarabangsa antara bandar Xishuangbanna di China dengan Luang Prabang di Laos diperkenalkan untuk memudahkan perjalanan ulang-alik pengembara.  — BERNAMA-CMG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini