
BEIJING: China mengeluarkan larangan terhadap pengimportan kambing, ayam dan mamalia ungulat berkuku genap dari negara Afrika, Asia dan Eropah.
Ia susulan kebimbangan terhadap tersebar wabak penyakit ternakan seperti cacar biri-biri, cacar kambing serta penyakit kuku dan mulut.
Larangan itu dibuat menerusi satu siri pengumuman oleh Pentadbiran Kastam China bertarikh 21 Januari lalu.
Selain larangan terhadap haiwan hidup, ia turut meliputi produk yang diproses dan tidak diproses, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan maklumat mengenai wabak penyakit di pelbagai negara.
Menurut laporan, larangan daripada pengimport daging terbesar dunia itu menjejaskan negara antaranya Ghana, Somalia, Qatar, Congo, Nigeria, Tanzania, Mesir, Bulgaria, Timor Leste dan Eritrea.
Beijing memaklumkan yang pihaknya turut menghentikan import kambing dan produk berkait dari Palestin, Pakistan, Afghanistan, Nepal dan Bangladesh ekoran wabak cacar biri-biri dan cacar kambing.
Pada masa sama, sekatan juga dibuat terhadap import haiwan dan produk berkaitan dari Jerman disebabkan wabak sama.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.