
SINGAPURA: Latihan dua hala antara Tentera Pembebasan Rakyat China dan Angkatan Tentera Singapura bermula di Kem Jurong di sini pada Rabu, dengan tumpuan kepada operasi memerangi keganasan di bandar, lapor Xinhua.
Lebih 280 anggota tentera elit kedua-dua pasukan akan melakukan operasi peralatan, tembakan senjata hidup, latihan memerangi keganasan dan latihan pasca arahan.
Komander dari kedua-dua pasukan petugas bersetuju bahawa latihan bersama itu akan meningkatkan kepercayaan bersama dan memperkukuh persahabatan.
Latihan dua hala itu adalah edisi kelima sejak mula diadakan pada tahun 2009. – BERNAMA-XINHUA