comscore
Tumpuan :
Dunia

China tempatkan 4 kapal perang secara tetap berhampiran Taiwan 

FOTO: Reuters

TOKYO: China menempatkan secara tetap empat kapal perang di sekitar Taiwan, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Jepun Yomiuri Shimbun pada Isnin.

Kapal itu pada mulanya dikerahkan pada Ogos 2022 sebagai sebahagian daripada latihan yang dijalankan berikutan lawatan bekas speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan.

Menurut peta yang dilampirkan oleh akhbar itu, kapal perang berkenaan mengepung pulau itu di tiga bahagian – utara, selatan dan timur.

FOTO: Reuters

Sebuah daripada kapal itu ditempatkan di barat wilayah yang dikenali sebagai Kepulauan Diaoyu di China dan Kepulauan Senkaku di Jepun.

Beijing menentang sebarang hubungan rasmi negara asing dengan Taipei dan menganggap kedaulatan China ke atas pulau itu tidak boleh dipertikaikan.

Sebagai tindak balas kepada lawatan delegasi peringkat tinggi AS ke Taiwan pada 2022 dan 2023, tentera China melancarkan latihan berskala besar berhampiran pulau itu, yang dilihat sebagai amaran kepada puak pemisah Taiwan dan kuasa asing. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini