comscore
Tumpuan :
Dunia

COVID-19: Tokyo keluar amaran tahap kedua tertinggi

Kelonggaran perjalanan di Tokyo, Jepun dikatakan punca penularan COVID-19 terutama varian baharu, meningkat secara ketara. – Foto: AFP

TOKYO: Kerajaan Metropolitan Tokyo semalam menaikkan amaran COVID-19 ke tahap kedua tertinggi pada skala empat peringkatnya.

Amaran itu ditetapkan pada tahap kedua tertinggi buat kali pertama sejak 6 Oktober, lapor Xinhua.

Pada mesyuarat pemantauan coronavirus kerajaan metropolitan pada Khamis, seorang pakar memberi amaran bahawa ibu kota negara itu ‘boleh dianggap memasuki gelombang jangkitan kelapan’.

Sehingga Khamis, purata kes baharu COVID-19 tujuh hari di ibu negara itu adalah seramai 8,276 mangsa, meningkat 24.7 peratus daripada seminggu sebelumnya.

Kes harian pula melebihi had 10,000 dua hari sebelumnya, paras tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Berdasarkan anggaran yang dibentangkan pada mesyuarat itu, dalam tempoh purata tujuh hari angka akan mencecah sekitar 12,300 kes menjelang akhir bulan ini jika jangkitan baharu meningkat pada kadar semasa.

Kemunculan semula virus itu berlaku selepas kerajaan Jepun menarik balik sekatan ke atas penumpang individu, perjalanan spontan dan had kemasukan harian bulan lalu.

Ia turut melancarkan program Diskaun Perjalanan Nasional, yang memberikan subsidi sehingga 11,000 yen (RM360) seorang yang melawat untuk tempoh maksimum tujuh malam.

Ketika COVID-19 dan influenza merebak secara serentak, kerajaan metropolitan berjanji pada mesyuarat itu untuk mempromosi keupayaan perubatan di ibu kota yang mampu merawat sehingga 127,000 pesakit luar yang mengalami demam setiap hari. – BERNAMA

Loading...
Terkini