
AMERIKA SYARIKAT : Sekurang-kurangnya 26 terbunuh akibat puting beliung dan ribut yang melanda Mississippi, Amerika Syarikat.
Menurut Agensi Bencana Negeri itu (MENA) puluhan lagi penduduk cedera dengan angka korban dijangka akan terus meningkat.
Angin kencang memusnahkan banyak struktur bangunan dan kediaman penduduk.
Usaha membawa keluar penduduk yang terperangkap di bawah sisa runtuhan serta pencarian mangsa yang hilang sedang giat dijalankan.

Lapor media antarabangsa, lebih 32,000 penduduk terputus bekalan elektrik di Mississippi, Alabama dan Tennessee
Keadaan mungkin bertambah buruk dengan jangkaan cuaca buruk termasuk hujan batu hari ini
Dalam pada itu, Presiden Joe Biden yang bersimpati ke atas nasib mangsa berjanji akan menyediakan bantuan kecemasan kepada mangsa terjejas.