comscore
Tumpuan :
Dunia

Cuaca buruk ragut dua nyawa penduduk di Brazil

FOTO : REUTERS

BRAZIL: Dua maut dalan kejadian hujan lebat dan banjir kilat yang melanda selatan Brazil dengan wilayah Santa Catarina dilaporkan yang paling teruk terjejas.

Keadaan buruk juga memaksa pihak berkuasa tempatan mengisytihar darurat di beberapa bandar.

Menurut Gabenor Santa Catarina Carlos Moises, salah satu kematian berpunca daripada renjatan elektrik manakala satu lagi mangsa maut akibat runtuhan tanah.

Usaha mencari seorang ahli bomba yang hilang juga giat dijalankan pasukan penyelamat.

Jabatan Meteorologi Tempatan mendedahkan, taburan hujan lebat kali ini adalah jauh lebih tinggi daripada yang diramalkan.

Sesetengah kawasan dilaporkan menerima taburan hujan lebat sehingga enam kali ganda.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak bekuasa tempatan menasihati penduduk agar mengelakkan sebarang perjalanan tidak penting. – REUTERS

Loading...
Terkini