comscore
Tumpuan :
Dunia

D​​​​adah bernilai AS$9.2 juta dirampas di Sydney 

Foto hiasan

SYDNEY : Polis New South Wales (NSW) Australia merampas kira-kira 12 kilogram (kg) heroin dan 16 kg MDMA di Sydney dan mendakwa seorang lelaki atas kesalahan mengedar dadah dan pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan polis NSW, pada 12.15 tengah hari pasukan penyiasat melaksanakan waran geledah di sebuah unit di John Street, Lidcombe dan menemukan 12 kg heroin, 16kg MDMA dan 500 gram kokain.

Dadah yang dirampas dianggar bernilai AU$14 juta (US$9.2 juta).

Seorang lelaki berusia 33 tahun turut ditahan dalam serbuan di sebuah hartanah di Molise Street di Prestons.

Dia didakwa dengan dua pertuduhan membekalkan sejumlah besar dadah terlarang dan berurusan dengan hasil jenayah.

Lelaki itu enggan diikat jamin dan akan hadir di mahkamah tempatan pada Selasa.  – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini