Tumpuan :
Dunia

David Cameron kembali ke kabinet

Foto: Reuters

LONDON: David Cameron kembali berada dalam barisan kabinet Britain apabila dinamakan sebagai Setiausaha Luar negara yang baharu hari ini.

Ia dalam pelantikan mengejut yang dibuat oleh Perdana Menteri, Rishi Sunak ketika beliau merombak pasukan tertingginya.

David Cameron, 57 tahun, berkhidmat sebagai Perdana Menteri Britain dari 2010 hingga 2016, meletak jawatan selepas keputusan referendum Brexit, apabila Britain mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Kepulangannya yang tidak dijangka ke barisan hadapan politik Britian selepas dia menghabiskan tujuh tahun terakhir menulis memoirnya dan membabitkan dirinya dalam perniagaan, termasuk Greensill Capital, sebuah firma kewangan yang berdepan kepincangan.

Kematian Greensill mencetus persoalan sejauh mana bekas pemimpin boleh menggunakan status mereka untuk mempengaruhi dasar kerajaan selepas Cameron berulang kali menghubungi menteri kanan pada 2020 untuk melobi firma itu.

Kenyataan dikeluarkan Pejabat Sunak berkata, Raja Charles telah memperkenan dan meluluskan kerusi Cameron di dewan atasan Britain, Dewan Pertuanan, sekaligus membenarkan beliau kembali ke pentadbiran kerajaan sebagai menteri meskipun tidak menjadi ahli parlimen yang melalui pilihan raya.

Loading...
Terkini