Tumpuan :
Dunia

Deklarasi COP29 perlu libatkan kesihatan migran

FOTO: Reuters

GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat berkata agensi PBB itu mahu kesihatan migran dimasukkan dalam Deklarasi Persidangan Pihak-pihak ke-29 (COP29) kerana jumlah pelarian iklim diramalkan akan mencecah 1.2 bilion menjelang 2050, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Sehingga 1.2 bilion orang berkemungkinan akan dipindahkan menjelang 2050 disebabkan oleh peristiwa yang didorong oleh iklim. Krisis iklim adalah krisis kesihatan yang memberi kesan khusus terhadap kesihatan migran,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, di laman X.

“Maka kami mahukan kesihatan migran dimasukkan ke dalam deklarasi di COP29 dan COP yang akan datang,” katanya lagi.

Menekankan kepentingan kerjasama dalam isu ini, beliau menegaskan bahawa usaha bersama diperlukan agar setiap orang, di mana sahaja, dapat mengakses perkhidmatan kesihatan yang mereka perlukan dalam dunia yang semakin berubah.

— BERNAMA-AA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini