Tumpuan :
Dunia

Didenda pakai ‘jeans’, juara dunia catur tarik diri

 

Carlsen turut didenda AS$200 oleh FIDE susulan pelanggaran kod pakaian kejohanan. – REUTERS

NEW YORK: Juara dunia catur dua tahun lalu, Magnus Carlsen membuat keputusan mengejut dengan menarik diri daripada Kejohanan Catur Pantas dan Kilat Dunia pada Jumaat selepas badan pengelola catur dunia (FIDE), menghalangnya bertanding kerana melanggar kod pakaian.

Menurut kenyataan FIDE, peraturan kod pakaian direka untuk menjamin profesionalisme dan keadilan bagi semua peserta.

Carlsen didenda AS$200 dan diberikan peluang untuk menukar pakaian, namun juara dunia dari 2013 hingga 2023 itu menolak.

Carlsen menjelaskan beliau menghadiri pertemuan makan tengah hari sebelum pusingan pertandingan dan terpaksa bersiap dengan tergesa-gesa.

“Saya memakai baju, jaket, dan menukar kasut. Saya tidak terfikir langsung tentang seluar jeans,” katanya.

Beliau menerima denda tersebut tetapi berpendapat amaran untuk tidak menyertai pertandingan jika enggan menukar pakaian adalah keterlaluan.

“Saya tawarkan untuk menukar pakaian esok, tetapi mereka tetap mahukan saya menukar segera. Pada ketika itu, ia menjadi isu prinsip bagi saya,” katanya.

Carlsen, 34, menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan atas keputusan itu.

“Saya sudah terlalu tua untuk terlalu peduli. Jika ini kehendak mereka, biarkan saja. Tiada siapa yang mahu mengalah, jadi inilah keadaannya. Saya mungkin akan pergi ke tempat dengan cuaca yang lebih baik selepas ini,” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini