comscore
Tumpuan :
Dunia

Dior pecat Bella Hadid, ganti dengan model Israel 

Foto: Reuters

LOS ANGELES: Model terkenal Bella Hadid yang sering mengutuk keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di media sosial telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa Dior.

Bella kini tidak lagi menjadi duta Dior dan tempatnya digantikan dengan model dari Israel, May Tager.

Syarikat Dior dikatakan tidak berpuas hati dengan pendirian Bella yang lantang menyuarakan kekejaman Israel ke atas bumi Palestin.

Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid tanpa berselindung sering menyatakan sokongan kepada Palestin.

Tangkap layar Instagram Bella Hadid

Pelbagai reaksi diberikan di media sosial sebaik sahaja berita mengenai pemecatan Bella daripada jenama mewah itu tersebar.

Buat masa ini Bella tidak memberikan sebarang komen mengenai pemecatannya itu.

Bella sebelum ini dilaporkan pernah menerima ugutan sehingga nombor telefon peribadinya tersebar mengakibatkan kehidupan dia dan keluarganya terganggu dan terancam.

Menurut Bella dalam sehari dia menerima ratusan ugutan bunuh.

Namun kata Bella beliau tidak mahu mengalah malah akan terus menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Israel kerana apa yang menimpa penduduk Palestin khususnya di Gaza amat memeritkan dan menyedihkan.

Loading...
Terkini