comscore
Tumpuan :
Dunia

Doktor tunggang basikal redah runtuhan di Gaza

Hassan meneruskan tugasnya merawat pesakit walaupun terpaksa meredah jalan rosak dan bangunan runtuh. – FOTO Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Walaupun keretanya kehabisan petrol, seorang doktor Palestin di Gaza tetap meneruskan tugasnya merawat pesakit.

Hassan Zain al Din, 54, nekad menunggang basikalnya meredah dari satu tempat perlindungan ke tempat lain demi memberikan rawatan dan ubat yang sangat diperlukan pesakit.

Menurutnya, jalan yang rosak dan runtuhan di atas tanah menyukarkan dia untuk sampai ke destinasinya.

Hassan menunggang basikalnya ke kem perlindungan untuk merawat pesakit. – FOTO Reuters

Malah, kadang-kadang terpaksa mengangkut basikalnya di atas serpihan runtuhan.

“Kebanyakan orang meninggalkan ubat-ubatan mereka di bawah runtuhan, jadi kami perlu melawat mereka di sekolah dan memeriksa mereka serta memberi rawatan untuk penyakit kronik,” katanya.

Kezaliman Israel yang melakukan pengeboman balas tanpa henti sudah mengorbankan lebih 8,000 rakyat Palestin di Gaza, terutama wanita dan kanak-kanak, susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Israel turut memotong bekalan makanan, air, elektrik dan bahan api ke wilayah berpenduduk padat dengan 2.4 juta orang, sekali gus mencetuskan malapetaka kemanusiaan berskala besar. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini