comscore
Tumpuan :
Dunia

Dron Ukraine sasar loji nuklear Rusia

Foto hiasan

MOSCOW: Dron Ukraine didakwa menyerang sebuah bandar di barat Rusia yang juga lokasi salah satu stesen janakuasa nuklear terbesar di negara itu.

Gabenor Roman Starovoit berkata, sebuah dron Ukraine merosakkan bangunan di bandar Kurchatov, beberapa kilometer dari stesen janakuasa nuklear Kursk.

Menurut Starovoit, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Stesen kuasa nuklear Kursk era Soviet mempunyai reaktor sederhana yang sama seperti loji nuklear Chernobyl.

Letupan dan kebakaran di loji Chernobyl pada tahun 1986, di Soviet Ukraine ketika itu, adalah kemalangan nuklear terburuk di dunia, yang turut menyebarkan radiasi ke seluruh Eropah.

Perbadanan nuklear negara Rusia menyatakan, ketika serangan itu berlaku, terdapat tiga reaktor RBMK-1000 di Kursk beroperasi manakala sebuah lagi ditutup.

Rusia dan Ukraine pada masa lalu saling menuduh merancang untuk menyerang stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Tentera Rusia bagaimanapun merampas stesen itu, yang juga kemudahan nuklear terbesar di Eropah dengan enam reaktor, beberapa hari selepas Kremlin mengarahkan pencerobohan Ukraine pada Februari 2022.

Datuk Bandar Sergei Sobyanin berkata, satu lagi dron ditembak jatuh menghampiri Moscow pada pagi Jumaat.

Ia turut mengganggu seketika penerbangan di lapangan terbang Vnukovo Moscow.

Gabenor Vyacheslav Gladkov pula berkata, satu lagi dron ditembak jatuh di wilayah barat Rusia, Belgorod.

Loading...
Terkini