comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua angkasawan Rusia rekod misi paling lama tinggal di ISS

Kononenko dibantu semasa meninggalkan kapsul angkasa Soyuz MS-25 selepas mendarat di kawasan terpencil berhampiran Zhezkazgan, Kazakhstan.

MOSCOW: Sebuah kapsul Soyuz Rusia mendarat di Kazakhstan pada hari Isnin membawa pulang dua angkawasawan Rusia selepas menjalani misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Ia sekaligus melakar momen peribadi buat Oleg Kononenko dan Nikolai Chub yang merekod masa paling lama di ISS dengan jumlah 374 hari.

Turut sama pulang ke Bumi ialah angkasawan Amerika Syarikat, Tracy Dyson yang berlepas ke stesen itu pada Mac lalu.

Kononenko dan Chub telah menjadi sebahagian daripada kru ISS sejak bulan September lalu, manakala tempoh tinggal Dyson lebih singkat iaitu 184 hari.

Kapsul Soyuz MS-25 yang membawa ketiga-tiganya mendarat di Kazakhstan pada 4.59 waktu tempatan.

Rekod mutlak untuk masa terpanjang yang tidak terputus yang dihabiskan oleh mana-mana manusia di angkasa adalah milik Valeri Polyakov dari Rusia, yang menghabiskan 438 hari di stesen angkasa lepas Mir antara 1994 dan 1995.

Rusia berikrar untuk keluar dari ISS, yang dikatakan melebihi tujuannya, dan merancang untuk melancarkan stesen angkasa lepasnya sendiri, walaupun rancangan itu dibelenggu oleh kelewatan.

ISS menjangkau saiz padang bola sepak dan mengorbit kira-kira 250 batu (kira-kira 402 kilometer) di atas Bumi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini