comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua cedera diserang di kedai serbaneka di Tokyo

Foto: Tokyo Shimbun

TOKYO: Seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau menyerang dua pekerja sebuah kedai serbaneka di Tokyo sehingga cedera parah, Sputnik memetik laporan agensi berita Jepun Kyodo pada Rabu.

Lelaki dengan ketinggian kira-kira 66 hingga 68 inci, berseluar hitam, mengenakan jaket biru dan sarung tangan merah memecah masuk kedai serbaneka Daily Yamazaki berhampiran stesen kereta api Nishiaraidaishi-nishi pada 2.30 pagi waktu tempatan pada Rabu, memetik laporan polis.

Seorang pekerja wanita, berusia kira-kira 40 tahun ditikam di bahagian belakang, dan seorang lagi pekerja lelaki berusia kira-kira 60 tahun cedera di lengan.

Tiada wang tunai hilang dalam kejadian itu dan suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki basikal.

Pihak polis giat menjejaki suspek berkenaan. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini