OTTAWA: Dua orang cedera dalam insiden tikaman di Vancouver, Kanada, pada Rabu, dan suspek pula maut selepas ditembak oleh polis, menurut kenyataan media, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Polis Vancouver, anggota polis bertindak terhadap panggilan pada pagi Rabu yang melaporkan seorang lelaki telah mencuri alkohol dan bersenjatakan pisau di sebuah restoran berhampiran Jalan Robson dan Hamilton di pusat bandar Vancouver.
Suspek ditembak oleh polis selepas dikesan di sebuah kedai serbaneka berhampiran. Anggota polis dan petugas kecemasan lain memberikan bantuan awal sebelum suspek dibawa ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, menurut kenyataan itu.
Dua individu yang cedera dalam insiden tikaman mendapat rawatan hospital dan kecederaan mereka dipercayai tidak mengancam nyawa, menurut kenyataan itu.
— BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.