comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina

FOTO: Fail Reuters

MANILA: Tentera Filipina membunuh dua suspek pemberontak dalam pertempuran awal pagi Isnin di wilayah Masbate, tenggara Manila, lapor Xinhua.

Jurucakap Tentera Darat Filipina Mejar Frank Roldan, berkata dua anggota kumpulan New People’s Army (NPA) itu terbunuh dalam pertempuran selama 15 minit yang berlaku sebelum 7 pagi waktu tempatan di bandar Esperanza.

Beliau berkata empat pemberontak berjaya melarikan diri meninggalkan rakan mereka yang terkorban.

Tentera menemukan senapang M653, revolver kaliber 38, dan barangan peribadi lain milik pemberontak. Tiada tentera kerajaan yang terbunuh atau cedera dalam pertempuran itu.

NPA sering bertempur dengan pihak kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.

Data tentera menunjukkan kekuatan anggota NPA telah merosot berbanding 25,000 anggota bersenjata pada 1980-an. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini