MOSCOW: Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin pada Rabu berkata dua dron tempur yang terbang ke arah Moscow ditembak jatuh oleh Angkatan Pertahanan Udara Rusia, lapor Xinhua.
Pada masa tembakan itu, satu daripada dron dikesan berhampiran kawasan Domodedovo di selatan Moscow manakala satu lagi berada berhampiran Lebuhraya Minsk, barat ibu negara, kata Sobyanin.
Pada masa ini, tiada maklumat mengenai kecederaan akibat serpihan yang jatuh dan perkhidmatan kecemasan sedang bertugas di lokasi kejadian, tulisnya di media sosial. – BERNAMA-XINHUA