comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Dua pesawat WW2 bertembung, 6 dikhuatiri maut

Foto AP

TEXAS: Enam dikhuatiri maut apabila dua pesawat vintaj era Perang Dunia II bertembung di ruang udara Dallas.

Pesawat Boeing B-17 Flying Fortress dilaporkan membawa 5 tentera sementara P-63 Kingcobra pula dikendalikan seorang juruterbang sedang beraksi untuk pertunjukan udara Texas.

Rakaman orang awam menunjukkan salah satu daripadanya melanggar sebuah lagi jet hingga terputus dua apabila sedang terbang pada altitud rendah.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai identiti penumpang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Sewaktu kejadian, lebih 4,000 penonton berada di pertunjukan berkenaan.

Kejadian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini