comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Dua rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat hari ini, dengan kejadian itu didakwa menyasarkan pelaku insiden tembakan.

Jenazah dua pejuang itu disahkan dihantar ke hospital Thabet di bandar Tulkarm.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa kedua-dua lelaki berkenaan terbabit dalam serangan tembakan di Avnei Heftz yang mengakibatkan seorang warga Israel cedera pada 2 Mei lalu.

Avnei Heftz ialah kawasan penempatan di Tebing Barat yang dipertikaikan Israel, biarpun ia diisytihar haram mengikut undang-undang antarabangsa.

Briged Tulkarm mendakwa kedua-dua lelaki itu sebagai ahli, selain menamakan mereka sebagai Hamza Khrewish dan Samer al-Shafei.

Keganasan terbaru itu sekali gus menjadikan jumlah warga Palestin terkorban dalam konflik Israel-Palestin meningkat kepada 108 orang setakat tahun ini.

Seramai 19 warga Israel, selain masing-masing seorang rakyat Ukraine dan Itali maut dalam tempoh sama.

Loading...
Terkini