comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua warden penginapan dicari dengan tawaran gaji £11.44 sejam

LONDON: Dua warden penginapan dicari pemilik pulau di Wales untuk tinggal dan bekerja di sana, dengan bayaran 11.44 pound sterling (kira-kira RM67) sejam.

Menurut laporan portal Sky News, warden penginapan di Pulau Bardsey (Ynys Enlli) di luar pantai Semenanjung Llyn di Wales Utara, akan menikmati faedah termasuk satu perjalanan bot ke tanah besar setiap bulan.

Faedah lain termasuk ruang penanaman makanan berkongsi dan sambungan internet.

Pulau seluas 0.69 batu persegi (kira-kira 1.7 kilometer persegi) itu dihuni 11 orang.

Pemohon yang berjaya akan mengikat kontrak bermula 1 Mac hingga 30 Oktober.

Pulau itu yang mempunyai bekalan elektrik terhad dihubungkan oleh panel solar. –AGENSI

Loading...
Terkini