comscore
Tumpuan :
Dunia

Dubai dilanda banjir, sistem pengangkutan terjejas

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan cuaca buruk dengan Dubai dilanda banjir susulan hujan lebat dan ribut petir yang melanda beberapa bahagian negara itu.

Beberapa laporan gangguan dalam pengangkutan diterima dengan 13 penerbangan yang masuk ke bandar berkenaan dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.

Hujan lebat turut melanda selatan Emirat al Ain sehingga menyebabkan penutupan jalan raya.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan elak daripada berkunjung ke pantai. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini